feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Aktiviti Lepas

Labels:


Membantu Al Faradis menyelenggara sistem audio di Perkampungan Hadhari
Memberikan sokongan kepada Al Faradis di Terangganu (Nasyid Anti Dadah peringkat kebangsaan)
Osman Fikri dan Faisal Mustafa
Faisal Mustafa(Alumni BADAR SMKAK) sebagai Presiden Penaja PERSADA(Alhamdulillah, SMKAK telah melahirkan ramai pemimpin. Ramai penggerak PERSADA lahir dari SMKAK)

Saudara Idris(Alumni BADAR SMKAK) mempengurusikan Perhimpunan Mahasiswa Darul Aman

Menziarahi Ust Yaakob Abd. Ghani bersama adik-adik Al Faradis 2008 (Ust Yaakob sedang sakit sekarang)

Menziarahi Ust Ku Yaakob bersama sahabat-sahabat

Bersama adik-adik SMKAK di Rumah terbuka hari raya untuk pelajar SMKAK di rumah Ust Mahmud Zaim (Anak didik Ust Mahmud dijemput hadir- setiap tahun insyaallah)




Kumpulan Marhaban SMKAK membuat persembahan

Ketika bersama kumpulan Marhaban dari SMKAK memberi sokongan (tapi kalah jugak...)

Bersama kumpulan Marhaban SMKAK memberikan sokongan, 2008 ketika pertandingan peringkat kebangsaan di Johor

Bersama adik-adik dari Usrah Jilul Quran, SMKAK

Kawad Jundullah bersama adik-adik SMKAK selepas kuliah subuh


Adik-Adik SMKAK yang sudah tidak tertahan mengantuk ketika kuliah subuh

Saudara Idris memberi kuliah subuh selepas Qiamuillah Jun 2008

Program Qiamullail pada Jun 2008

Muhasabah sebelum tidur (Qiamullai Jun 2008)

Kem PAFA untuk Pelajar tingkatan 1 SMKAK 2004
Kem PAFA Ting 1 2004
Kem PAFA Ting 1 2004
Kem PAFA Ting 1 2004
Usrah bersama tingkatan 4 2004




Jom Masuk Blog Ustaz Abd Razak

Labels:

Jom masuk web Ustaz Abd Razak Abd Muthalib (Ex-SMKA Kedah, satu batch dengan AMAR)
Klik di sini. Beliau juga penulis sambilan Majalah I



FATWA YOGA

Pertembungan Adat dan Ijtihad ..Yoga, Pertentangannya Dengan Nilai Murni Islam...
Friday, December 5, 2008




Firman Allah Ta'ala
Surah Al-Maaidah, ayat 104, yang bermaksud

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati dari nenek moyang kami mengerjakannya". dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.

Akan wujudnya segolongan manusia pada zaman ini, yang akan menentang sama sekali ayat-ayat keterangan Allah, sekiranya mereka mendapati ayat-ayat keterangan Allah itu bertentangan dengan hawa nafsu mereka sendiri. Ataupun ayat-ayat keterangan itu didapati menyalahi adat kebiasaan mereka. Mereka inilah yang dikatakan oleh Allah dalam ayat seterusnya sebagai orang yang sesat yang akan memesongkan akidah umat.

Isu

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada hari ini telah bersepakat bahawa senaman Yoga, yang secara adatnya menjadi amalan kebiasaan rakyat Malaysia, tidak kira muslim atau kafir, telah diisytiharkan haram disisi undang-undang islam. Keputusan itu dikeluarkan pada Khamis, 20/11/2008, setelah bersidang bermula dari 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu Kelantan. Fatwa ini sekaligus memberitahu kepada masyarakat muslim Malaysia bahawa, segala bentuk pengamalan, pembacaan dan permulaan bagi senaman ini adalah dikira bercanggah disisi agama Islam. Turut mengharamkan senaman Yoga ini ialah Majlis Fatwa Singapura dan Majlis Fatwa Mesir.
Berikut, L.I.P ISIUKM akan memaparkan kandungan isi pemfatwaan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan. Para pembaca bolehlah menghayati seteliti mungkin kepada teks ini. Mudah-mudahan menjadi kayu ukur yang mengakibatkan kita tunduk, taat dan akur.


"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis


Yoga

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi lagi. Ia adalahsenaman yang dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. Selain diiktiraf sebagai salah satu ajaran penganut agama hindu, Yoga juga turut menjadi amalan yang biasa dalam kalangan masyarakat Muslim dan penganut agama Buddha.





“Sesiapa yang mengikuti salah satu ajaran seperti mereka, maka dia adalah dalam kalangan mereka” ~al-Hadis~

Pernah satu ketika, ketika mana Rasulullah dan para sahabat bermusafir, mereka terlihat sekumpulan manusia beragama majusi, beramai-ramai mengelilingi api. Rasulullah menerangkan kepada para sahabat mengenai perihal penyembahan api daripada penganut majusi, lantas rasulullah menyatakan, Sesiapa yang cuba menyerupai salah satu ajaran seperti mereka, maka dia adalah dalam kalangan mereka.
Berdasarkan kepada beberapa contoh ayat al-Quran dan Hadis, diperkuat dengan kaedah pengisbatan hukum yang telah di buat oleh majlis Fatwa Kebangsaan, maka kita sebagai muslim sewajarnya wajib mentaati keputusan yang telah diputuskan.

Sandaran yang Menyebabkan Fatwa di Keluarkan

Melalui kaedah yang ditetapkan dalam ilmu Fiqh, terdapat beberapa cara pengisbatan hukum yang mengakibatkan hukum ini dikeluarkan. Ia adalah melalui cabang ilmu Usul Fiqh yang dinamakan “al-Aslu fi al-Asya’ Ibahah (asal kepada sesuatu perkara itu adalah harus). Setiap perkara baru yang timbul dizaman ini adalah harus mengikut hukum asalnya, melainkan setelah mendapati wujudnya beberapa nas al-Quran atau Hadis yang mempunyai perkaitan dengannya, ataupun persamaannya dengan dalil-dalil qiyas yang lain.

Ini adalah kaedah ulama’ semasa dalam menentukan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul dalam masyarakat.

Maka, apakah perkaitannya dengan Yoga. Hukum asal Yoga adalah harus, kerana tiada satupun amalan seperti ini wujud dizaman Rasulullah. Namun, setelah kita mendapati beberapa sandaran lain yang menghubungkan dengan hadis diatas, seperti:-

1-Pembacaan mentera
2-Penggabungan dengan Tuhan
3-Pemujaan dalam setiap gerak-geri

Pembacaan mentera, penggabungan dengan tuhan serta pemujaan dengan gerak geri adalah perbuatan syirik melalui lisan dan perbuatan. Disebabkan perkara inilah para ulama’ memfatwakan bahawa hukum melakukan senaman Yoga adalah haram.

Kesinambungan dan Keselarian Keputusan Fatwa

Keselarian pendirian majlis fatwa dengan apa jua fatwa yang telah dikelurkan oleh mereka juga sangat diperlukan.
Menurut ilmu Usul Fiqh, keselarian ini amat penting malah keselarian hukum yang datang dari Allah dan Rasulnya dijadikan salah satu kaedah untuk ulama semasa dalam menentukan hukum bagi masalah-masalah baru yang timbul dalam masyarakat.
Kaedah ini dinamakan "Istiqra". Atau "Istiqra tasarrufat as-Shari"
Atau meneliti sifat-sifat hukum yang ditentukan oleh Shari' ( Allah dan RasulNya)
Syeikh Ibn Asyur pernah berkata :-

فعليه أن لا يعين مقصدا شرعياً إلا بعد استقراء تصرفات الشريعة

Ertinya : "Oleh kerana itu, tidak boleh diketahui sesuatu objektif dalam sesuatu hokum shariah kecuali setelah dilakukan penelitian dan penyemakan khusus kepada (hampir semua) bentuk dan tatacara hukum syariah
Apabila Majlis Fatwa memutuskan bahawa YOGA adalah haram disebabkan boleh berlakunya kesyirikan, penyerupaan dengan upacara keagamaan bukan Islam dan lain-lain yang disebutkan di atas.
Maka masyarakat wajib memahami bahawa amalan-amalan yang lain yang terdapat unsur-unsur yang sama seperti Yoga sebagai contohnya ucapan Selamat Hari Natal atau Merry Christmas, Happy Deepavali, kongsi raya, bersanding, tepung tawar dan pelbagai lagi yang berasal usul dari agama lain adalah sama sekali di fatwakan haram.

Sedikit Pertikaian

Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan dan akidah umat Islam. Kita sebagai umat Islam yang jahil tentang hukum-hakam ini usah mempertikaikan keputusan tersebut. Kita perlu mendengar serta berfikir secara rasional dan berdasarkan syariat, bukan hanya menggunakan logik akal semata-mata.
Biarpun tujuan senaman Yoga adalah untuk kesihatan, namun dibimbangi ianya akan memesongkan akidah umat Islam kerana terdapat unsur-unsur yang berkait rapat dengan ajaran Hindu. Adakah kita terlalu ketandusan idea dengan memilih ajaran daripada agama lain dengan alasan untuk menjaga kesihatan.

Bukankah Islam sendiri telah mengajar kita satu bentuk senaman yang cukup sempurna iaitu sembahyang lima waktu. Apa yang kita perlu buat adalah menjaga sembahyang yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. sebanyak lima waktu sehari semalam. tidak sedarkah kita bahawa alim ulamak yang sentiasa menjaga sembahyang mereka jarang mengalami masalah kesihatan. mereka ini tidurnya sedikit kerana sentiasa melakukan amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah termasuk sembahyang di waktu sepertiga malam. ternyata kebanyakannya sihat walafiat kerana sembahyang itu salah satu bentuk senaman selain merupakan ibadat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Semalas-umat Islam yang menjaga solat wajib lima waktu tanpa melakukan solat sunat sahaja akan melakukan 17 kali ruku’, 34 kali sujud dan 10 kali salam sehari semalam. Bukankah ianya satu senaman yang menyihatkan? Tidak perlu kita terlampau taksub untuk melakukan senaman Yoga melainkan sikap kita sendiri yang tidak menjaga solat lima waktu, dan adakah solat yang dikerjakan itu betul-betul sempurna?

Kesimpulan

Rasulullah SAW telah lama meninggalkan kita, dalam anggaran 1429 tahun yang lampau. Ketiadaan jasad baginda SAW untuk membimbing umat manusia ini bukanlah alasan kepada kemunduran umat ini. Hal ini demikian kerana zaman berzaman setelah kewafatan baginda SAW, para sahabat, tabi’in. tabi’ tabi’in telah mengemudi bahtera islam dengan cemerlang. Persamaannya adalah kewujudan al-Quran dan al-Sunnah sebagai teras kemajuan para sahabat, teras kemajuan juga kepada para tabi’in, teras kemajuan juga kepada semua salafus solih dan demikian juga ia mampu menjadi teras kemajuan umat abad ke 21 ini.

Ayuh umat, lupakanlah semua hak kita di dunia. Utamakanlah hak Allah untuk dipelihara. Kerana padanya mempunyai seribu hikmah dan rahsia kemajuan umat ini demi kemaslahatan sejagat.

Wallahua’lam



BUMI PALESTINE

"Fwd: HAMAS launched 3rd intifadha after Israeli regime assaulted Gaza yesterday.300+ martyred and 700+ injured! Students, show our solidarity by wearing ALL BLACK tomorrow!"

SMS ini saya terima dari seorang kawan malam tadi yang membuatkan saya memilih pakaian hitam untuk dipakai ke kuliah pada hari ini. Walaupun hari ini saya terasa agak longlai untuk melangkah ke kuliah kerana sibuk pada cuti hujung minggu yang lalu, dan ditambah pula dengan pakaian serba hitam yang menjadikan saya mungkin kelihatan suram, namun saya percaya, inilah satu usaha yang dapat dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi Palestin.Palestin, bilakah engkau akan aman? Sungguh sedih dan pilu mengenangkan rakyat-rakyat di bumi yang dirampas haknya ini. Rejim Zionis, tunggulah balasan Allah di atas kezaliman kamu di akhirat kelak!

Ayuh kawan-kawan! Sumbangkanlah apa sahaja yang kita mampu untuk Palestin! Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di sana. Namun kita masih mampu untuk memboikot barangan Yahudi@Israel,menghulurkan derma serta melafazkan doa kudus untuk mereka di dalam setiap doa dan munajat kita.

Dengarkanlah rintihan anak Palestin ini...

Ayah...!!, kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,
ayah..!!, mengapa mereka jauhkan aku darimu,
mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan,
untuk menciumku meskipun hanya sekali,
atau mengusap air mata ibu.

Ibu...!!, aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan...??,
setiap hari aku bertanya kepada matahari,

ibu, apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari...??

Wahai ayah, dimanakah engkau...??

Ooh...bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para syuhada berguguran,
setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,
dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu...??,
malulah kalian...malulah kalian...malulah kalian...

Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang...


Ya Allah, kurniakanlah ketabahan kepada mereka...amin...

http://azansubuhkhamis.blogspot.com/

ISLAM UNTUK SEMUA



Adik Sayang Walid

Labels:

Sumber : http://bondsoflove90.blogspot.com

Suatu hari Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut Adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak Adik tidur balik. Walid tepuk belakang Adik suruh Adik mandi. Lepas mandi Adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi Adik tengok Ummi pakai baju buruk,Walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila Adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah Adik seorang pakai baju baru.
Walid pimpin tangan Adik menuju ke masjid. Kami lalu di celahan ‘rumah kotak’ yang diperbuat daripada tanah liat. Debu-debu berterbangan apabila lori lalu lalang di situ. Sayup-sayup terdengar suara takbir,

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Lailahaillallah Wallahu Akbar
Allahuakbar Walillahil Hamd”

Merdu sangat suara tu. Suara siapa ya? Ammu Said agaknya. Takpun, Ammu Abdel Kareem. Adik angkat tangan macam bilal di masjid dan bertakbir hari raya. Walid menjeling dan tergelak kecil. Sampai di hujung jalan, kami bertemu Ammu Eid. Walid menegur Ammu Eid dan berborak dengannya. Adik tak dapat menangkap buah pertuturan Walid.
Usai berborak, Walid dan Adik meneruskan perjalanan ke masjid. Sudah lama Adik tak datang ke masjid ini, Masjid Al-Aqsa. Selalunya, Adik bersembahyang jemaah bersama Walid dan Ummi di rumah. Adik suka tengok bumbung Masjid Al-Aqsa; warna hijau. Walid kata, masjid ni kiblat umat Islam yang pertama sebelum Kaabah. Masjid ni juga tempat suci bagi dua agama besar dunia, Islam dan Yahudi. Walid kata, orang Yahudi nak tempat ni sebab mereka percaya kawasan masjid ni adalah tapak asal Haykal Sulaiman. Orang memang ramai pagi tu. Sesudah mengambil wuduk di kolam Ka’s, Adik masuk ke dalam masjid bersama Walid. Walid suruh Adik berdiri sebelah Walid. Adik jeling pada Walid. Walid angkat tangan paras telinga, Adik ikut. Walid angkat lagi, Adik ikut. Tujuh kali mula-mulanya. Adik jeling lagi Walid. Mulut Walid terkumat-kamit. Walid baca apa ya? Adik pun turut terkumat-kamit. Entah…Walid kata sebelum masuk masjid tadi, “Ikut saja apa yang Walid buat”. Lepas tu rukuk, sujud dan bangun lagi. Kali ni lima kali angkat tangan. Adik ikut semuanya.

Selesai khutbah, Adik menuruni anak tangga sambil membilang. Walid masih di dalam masjid berborak dengan sahabat-sahabatnya. Tidak sabar rasanya Adik nak balik ke rumah. Adik nak rasa makanan-makanan enak yang Ummi buat.Ummi selalunya akan buat kabsa yang menjadi kegemaran Adik. Biasanya, pada pagi Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan Ummi akan datang. Tapi, satu pun Adik tak kenal, sebab mereka pakai burqa.
Tiba-tiba, lamunan Adik terhenti. Adik dengar tembakan kuat. Adi nampak banyak askar masuk dalam masjid melalui Babul Asbat,Babul Hittah, Babul Arghun dan Babul Silsilah. Adik dengar lagi tembakan. Adik nampak ada yang ditendang ke bawah. Walid!!! Adik berlari ke Walid. Adik nampak darah banyak di dada Walid. Adik menjerit nama Walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata Adik. Walid pandang Adik. Walid cium pipi Adik. Walid suruh Adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan Walid. Adik hendak duduk di sisi Walid. Walid senyum pada Adik. Mulut Walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh Walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"
Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak toleh kiri dan kanan. Sampai di rumah, Adik terus menangis. Ummi hairan tengok Adik. Adik sebut nama Walid berkali-kali. Mayat Walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok Ummi cium dahi Walid. Ummi peluk Adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan Ummi. Selepas sembahyang Adik nampak orang angkat Walid keluar rumah. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan Ummi.Adik tanya Ummi, mana perginya Walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut Ummi. Ummi pandang Adik, Ummi kata Walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali
lagi. Adik cuma mengangguk. "Adik nak ikut Walid" Ummi geleng kepala dan peluk Adik. Adik lap air mata di pipi Ummi. Adik senyum, Ummi senyum.

Adik tahu siapa yang bunuh Walid. Dulu, 21 Ogos 1969, masa tu Walid umur 7 tahun.Walid ada beritahu, yang Masjid Al-Aqsa telah dibakar oleh mereka. Ya, Israel. Adik benci Israel. Adik tak suka Israel. Adik sayang Walid. Petang itu, ADik masih teringatkan Walid. Selalunya selepas solat Asar, Walid lebih suka membaca buku. Dengan langkah lesu, Adik berjalan ke almari Walid dan mencapai sebuah buku yang Walid selalu baca. Di dalamnya ada kesan lipatan.
Adik buka mukasurat itu dan baca,

“Orang Yahudi dan orang Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka…”
Surah Al-Baqarah ayat 120
Adik baca lagi,

“Alhamdulillah kami dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam seluruh dunia menentang musuh Allah di Palestin dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa”
Dr. Khaleel Al-Hayya

“Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti saya”
Syeikh Ahmad Yassin

Adik menutup buku itu. Terasa bagai ada satu semangat yang menyerap masuk dalam jiwa Adik. Adik nak ikut Walid.

Malam itu, sebelum tidur, Ummi bercerita tentang mati kepada Adik. Ummi kata, orang baik macam Walid, akan masuk syurga. “Syurga tu, cantik kan Ummi?”. Ummi kata syurga memang cantik. Sedang asyik mendengar cerita Ummi, Adik terlelap. Malam itu, Adik bermimpi bertemu Walid. Walid pakai baju cantik. Ada banyak perempuan bersama Walid. Walid kata,ni isteri-isteri Walid. Allah yang bagi.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, Walid tidak ada untuk kejut Adik. Apabila teringat Walid,mata Adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik kena kuat macam Syeikh Solah Syahadah. Adik nak jadi Tuflah Al-Hajarah. Walid selalu pesan, walaupun Adik kecil lagi, Adik ada hak untuk tempat tinggal Adik. Bila Israel kacau tempat Adik, Adik kena lawan. Lawan pakai batu pun tak apa. Adik nekad pagi itu. Adik nak berjumpa kawan-kawan Adik ; Jamal, Barrak, Taha dan Junaid. Sebelum ini, hanya mereka yang selalu membaling batu pada kereta kebal Israel. Kali ini Adik nak turut serta. Adik nak balas dendam untuk Walid.

Pada sebelah petangnya, Adik tunggu Jamal, Barrak, Taha dan Junaid di tepi jalan seperti yang dijanjikan.
Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam Adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan Adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal,Taha, Barrak dan Junaid juga seperti Walid. Jamal,Taha, Barrak dan Junaid pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang Adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang Adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula Walid, kemudian Jamal,Taha, Barrak dan Junaid.

Adik pulang ke rumah lewat senja. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah Adik dikepung askar Israel. Tubuh Adik yang kecil memudahkan Adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak Ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata Adik sendiri, tentera itu tendang Ummi. Mereka sepak dan terajang Ummi. Tapi Ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata Adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul Ummi. Adik sayang Ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah Ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah Ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh Adik. Badan Adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut Adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi Adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi Ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut Adik yang tidak berdosa. Ummi peluk Adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada Ummi walaupun perit.

"Ummi.Adik rasa mengantuk,Adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,Adik nak ikut Walid dan kawan-kawan Adik. Adik nak jadi macam Imam Hassan Al- Banna, Syed Qutb, Syeikh Ahmad Yassin. Adik dah nampak mereka tunggu Adik". Terketar-ketar suara Adik kedengaran di cuping telinga Ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak Walid, Jamal, Taha, Barrak dan Junaid melambai-lambai ke arah Adik.
**********
Di suatu sudut rumah di kota New York, Rabbi Weiss seorang ulama Yahudi yang menganggotai pertubuhan Yahudi anti-Israel iaitu Naturei Karta, menunduk kesal. Entah berapa bilangan anak kecil, wanita dan orang tua yang terkorban angkara rejim Zionis. Segala usahanya masih belum menampakkan hasil. Persidangan Peace in Palestine yang berlangsung di Malaysia langsung tidak memberi kesan kepada Zionis. Bahkan Adam Keller, Adi Dagan dan Yitzhak Frankanthal yang terang-terang mewakili rejim Zionis pula mendapat sambutan media. Rabbi Weis sedaya upaya memberi penerangan bahawa Eretz Yizrael, agama Yahudi dan Zionis adalah perkara yang berbeza. Agama Yahudi langsung tidak mengiktiraf pencerobohan Zionis.
Zionis adalah pergerakan kufur yang tidak ada kena mengena dengan agama Yahudi. Mereka telah menyeleweng jauh dari ajaran Taurat. Eretz Yizrael (Negara Israel) adalah negara haram yang tidak patut diiktraf. Golongan Naturei Karta yang berfahaman Hesedim Ortodoks menganggap tindakan Zionis adalah BERTENTANGAN dengan arahan Yahweh (Tuhan) yang melarang Yahudi pulang ke Palestin sehingga munculnya Messiah. Selagi beliau masih boleh bersuara,beliau akan terus memperjuangkan keamanan di bumi Palestin bersama ribuan lagi bangsa Yahudi yang anti-Zionis dan negara Israel. Beliau ingin membuktikan bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan masih ada segelintir Yahudi yang sayangkan Palestin!
Al-Fatihah buat jutaan pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin dan dunia Islam amnya…

Mohamad Razif Mohamad Fuad
9 Disember 2008/11 Zulhijjah 1429,
11.25 malam,
Alor Star, Kedah.




javascript:void(0)